PELAKSANAAN
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN DALAM AMALAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Pengertian
peraturan dan undang-undang Pendidikan
Pengertian Peraturan Pendidikan
֍ Perbuatan tentang moral yang menjamin
keadilan.
֍ Satu bentuk kawalan ke atas semua
penjawat awam untuk menjamin kesejahteraan hidup.
֍ Peraturan merupakan syarat yang perlu
dipatuhi oleh sesebuah organisasi bagi mengelak berlakunya masalah.
Peraturan Pendidikan/ Peraturan Guru
1) Akta Pendidikan 1996
♦
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan perkara-perkara yang
berkaitan dengannya.
♦
Dikenali juga Akta 550 sebagai rujukan dalam pelaksanaan tanggungjawab warga
pendidik agar sentiasa berada di landasan yang betul.
2)
Pekeliling Iktisas
♦
Warta kerajaan yang dikeluarkan dan diedarkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia dari semasa ke semasa.
♦
Merupakan satu arahan dan garis panduan dalam pelaksanaan suatu tugasan dan
perkhidmatan.
3)
Undang-undang Sivil dan Syariah
♦
Undang-undang Syariah merupakan hukum perundangan Islam daripada Allah s.w.t.
bagi umatNya bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah termasuklah kesalahan yang
berkaitan dengan hubungan tidak sah seperti khalwat dan persetubuhan haram.
♦
Undang-undang Sivil pula merupakan sekumpulan undang-undang yang mengawal hak dan
tanggungan (liabiliti) sivil antara individu dengan individu, individu dengan
masyarakat dan masyarakat dengan individu.
4)
Perintah Am (Kelakuan dan Tetatertib)
♦
Peraturan-peraturan pegawai awam yang mencakupi kewajipan kepada pegawai awam
agar mematuhi peraturan, kawalan dan pengawasan tatatertib.
♦
Disenaraikan kesalahan dan ketidakpatuhan terhadap prosedur tatatertib yang
boleh disabitkan dengan hukuman tatatertib dan penamatan perkhidmatan demi
kepentingan awam.
Pengertian Undang-undang Pendidikan
֍ Semua peraturan yang berkaitan tingkah
laku yang dibentuk mengikut autoriti atau adat sesuatu kaum.
֍ Undang-undang yang telah digubal oleh
sesebuah badan pengubalan undang-undang yang bertujuan melindungi hak individu
dan kebebasan tertentu.
֍ Undang-undang yang digubal bagi
memelihara hak individu tertentu.
Perbezaan
Peraturan Pendidikan Dan Undang-Undang Pendidikan
Kategori/ Perkara |
Peraturan Pendidikan |
Undang-undang
Pendidikan |
Persamaan |
I. Dokumen
bertulis. II. Panduan dalam kehidupan. III. Panduan
sekiranya berlaku masalah. IV. Peraturan
disahkan sebelum digunakan. V. Kaedah pembuatan hukuman adalah sama. VI. Memastikan
pendidikan Malaysia berkembang. |
|
Berbezaan |
Peraturan Pendidikan |
Undang-undang
Pendidikan |
► Maksud |
Peraturan pendidikan lebih
kepada menjaga sistem pendidikan supaya dapat menghasilkan insan yang
dihasratkan. |
Perundangan yang di gubal
untuk memastikan para guru dan pegawai Pendidikan menjalankan tugas dengan
betul dan tidak menyalahgunakan kuasa. |
► Tujuan |
Mendisiplinkan individu
serta amanah dalam pekerjaan. |
Menjaga hak individu. |
► Kepentingan |
Mewujudkan sistem tadbir
urus yang cekap dan berkualiti. |
Supaya tiada yang melampau
dalam bidang kuasa. |
► Contoh |
Perintah Am Peraturan 4
Bab D. |
Akta Pendidikan 1996. |
► Kesan |
Mewujudkan sekolah yang
selamat. |
Menjamin keselamatan
pendidik dan pelajar. |
► Pendidikan Guru |
Memastikan guru mengambil
tindakan yang sewajarnya. |
Perundangan ini telah
menghadkan dan menyediakan garis panduan kepada guru dalam memberi hukuman. |
Tujuan
Pelaksanaan Peraturan-Peraturan Pendidikan
Tujuan |
Keterangan |
Pencegahan |
♦
Mencegah guru-guru atau pegawai
Pendidikan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh memburukkan imej
institusi Pendidikan dan penyalahgunaan kuasa. ♦
Mengelakkan dari berlakunya amalan-amalan yang melanggar peraturan-peraturan
tersebut. ♦
Contoh: surat pekeliling, memo
pemberitahuan dan papan tanda amaran. |
Peringatan |
♦
Memastikan guru-guru serta pegawai pendidikan sentiasa menjalankan amanah
yang dipertanggungjawabkan. ♦
Memberi peringatan kepada guru-guru serta pegawai pendidikan terhadap akibat
dan hukuman sekiranya tidak mematuhi peraturan. ♦
Mengingatkan guru-guru serta pegawai Pendidikan agar sentiasa berwaspada
dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. ♦
Contoh: amaran lisan/ bertulis, surat tunjuk sebab |
Pengajaran |
♦
Memberikan pengajaran kepada guru-guru
serta pegawai Pendidikan melalui kes-kes yang lepas serta hukuman yang
dikenakan untuk setiap kesalahan yang dilakukan. ♦
Tindakan yang dikenakan untuk dijadikan iktibar dan panduan kepada pegawai
yang terlibat dan pihak-pihak lain agar perkara yang sama tidak berulang. ♦
Contoh: hukuman diturunkan pangkat dan ditukar tempat kerja. |
No comments:
Post a Comment